Latest Entries »

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan.

Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu. ”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu.

Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah. ‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh” sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

http://gerakantimur.blogspot.com/2012/03/mesti-baca-kisah-seorang-nenek-vs-hakim.html

thanks to profblaw’s youtube

Semoga semua di rahmati dengan ketenangan, kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat.

Oh Ibu!.. dikaulah jantung hatiku.. engkaulah dahan, rimbunan teduh, tenang, rumpun kasih.. tidak mungkin diganti, tiada dikalangan yang setaraf ibu..

Layaklah ibu memiliki Syurga Firdaus..

Benarlah Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu..

Harga Syurga di Antara Dua Mata Ibu..

Kasih yang curahkan tiada dapat ku ganti hingga ke mati. Hanyalah ku pohonkan pengampunan dan rahmat dari Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang agar aku diampunkan atas kekurangan ku terhadap mu wahai Ibu..

Untuk mu Ibu .. semoga haruman Syurga di alirkan ke pusara mu

Untuk mu Ibu.. semoga diluaskan pusara mu sejauh mata memandang

Untuk mu Ibu.. Wahai Pemberi Rahmat Yang Maha Adil dan Bijaksana – kurniakan lah Keredhaan Mu atas Ibu Yang ku kasihi..

Walau telah ditumpahkan resepi masakan mu pada menantu mu dan bersungguh-sungguh dia menyediakan untuk kita namun tiada sama dengan masakan mu yang didalam nya penuh kasih sayang.

Apatah lagi makanan disediakan dengan keringat/ peluh,

– menumbuk padi untuk dapat beras [adakalanya meminjam beras dari orang kampong]

– menampi beras untuk untuk di basuh

– air di angkat/ di ceduk dari telaga untuk basuh dan masak, jika telaga kering, ke sungai lah tujuan mu.. oh ibu!.. apa yang ada dikalbu mu.. belum tentu anak mu akan membelai mu nanti..

– cari kayu, di potong/ belah untuk kayu api

– jika hujan, tempurung kelapa yang dicari

– sabut diguna untuk hidupkan api, bertahun pedih dan sesak asap yang ibu rasai.. oh ibu..

– mengupas, mengukur dan memerah kelapa untuk membuat kari..

– dan lagi…

Wahai ibu bertahun susah payah dan keringat mu untuk kami… ampunkan kami wahai ibu..

inilah bergunung dan lautan kasih yang tersemat didalam masakan dan hidangan ibu..