Archive for July, 2011


Semoga semua di rahmati dengan ketenangan, kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat.

Oh Ibu!.. dikaulah jantung hatiku.. engkaulah dahan, rimbunan teduh, tenang, rumpun kasih.. tidak mungkin diganti, tiada dikalangan yang setaraf ibu..

Layaklah ibu memiliki Syurga Firdaus..

Benarlah Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu..

Harga Syurga di Antara Dua Mata Ibu..

Kasih yang curahkan tiada dapat ku ganti hingga ke mati. Hanyalah ku pohonkan pengampunan dan rahmat dari Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang agar aku diampunkan atas kekurangan ku terhadap mu wahai Ibu..

Untuk mu Ibu .. semoga haruman Syurga di alirkan ke pusara mu

Untuk mu Ibu.. semoga diluaskan pusara mu sejauh mata memandang

Untuk mu Ibu.. Wahai Pemberi Rahmat Yang Maha Adil dan Bijaksana – kurniakan lah Keredhaan Mu atas Ibu Yang ku kasihi..

Walau telah ditumpahkan resepi masakan mu pada menantu mu dan bersungguh-sungguh dia menyediakan untuk kita namun tiada sama dengan masakan mu yang didalam nya penuh kasih sayang.

Apatah lagi makanan disediakan dengan keringat/ peluh,

– menumbuk padi untuk dapat beras [adakalanya meminjam beras dari orang kampong]

– menampi beras untuk untuk di basuh

– air di angkat/ di ceduk dari telaga untuk basuh dan masak, jika telaga kering, ke sungai lah tujuan mu.. oh ibu!.. apa yang ada dikalbu mu.. belum tentu anak mu akan membelai mu nanti..

– cari kayu, di potong/ belah untuk kayu api

– jika hujan, tempurung kelapa yang dicari

– sabut diguna untuk hidupkan api, bertahun pedih dan sesak asap yang ibu rasai.. oh ibu..

– mengupas, mengukur dan memerah kelapa untuk membuat kari..

– dan lagi…

Wahai ibu bertahun susah payah dan keringat mu untuk kami… ampunkan kami wahai ibu..

inilah bergunung dan lautan kasih yang tersemat didalam masakan dan hidangan ibu..